WASHINGTON: Pilihan raya penentu bagi memilih presiden Turki yang diadakan pada Ahad dan kejayaan Recep Tayyip Erdogan mempertahankan kedudukannya menerima liputan meluas media di Amerika.
CNN membuat liputan menyeluruh sepanjang pilihan raya termasuk sambutan meriah yang berlangsung sehingga larut malam di Ankara selepas Erdogan diisytiharkan sebagai pemenang, lapor Agensi Anadolu.
The New York Times, turut menyediakan ruangan khas di laman sesawangnya untuk berita dan kemas kini mengenai pilihan raya itu.
Erdogan dipilih semula sebagai presiden Turki selepas mengatasi pencabarnya Kemal Kilicdaroglu.
Menurut keputusan tidak rasmi, Erdogan memperoleh 52.14 peratus undi manakala Kilicdaroglu mendapat 47.86 peratus undian.
"Presiden Erdogan menang pemilihan semula selepas berdepan cabaran besar," tulis The Times.
The Wall Street Journal (WSJ) pula melaporkan artikel bertajuk: "Pemimpin paling lama berkhidmat di negara itu menewaskan pencabar utamanya dalam pilihan raya penentu."
Artikel itu turut memuatkan kenyataan bekas duta Amerika Syarikat (AS) ke Turki, James Jeffrey, yang menyifatkan Erdogan "tenang berdepan tekanan" dan "tahu apa yang dilakukannya...".
The Washington Post melaporkan:"penyandang presiden terselamat daripada dicabar oleh calon yang disokong gerakan pembangkang bersatu."
Akhbar Politico pula mengeluarkan berita bertajuk "Erdogan Turki Menang Lagi."
"Erdogan berada dalam kedudukan yang kuat untuk mempengaruhi bukan sahaja hala tuju masa depan demokrasi di negara yang dihuni 85 juta penduduk itu malah membentuk politik di rantau ini dan selainnya," lapor Politico.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2023
Erdogan dipilih semula sebagai presiden Turki selepas mengatasi pencabarnya Kemal Kilicdaroglu. - Fail/Reuters
Maya Karin belajar tarian tango demi 'The Experts'
Walaupun babak tarian Tango hanya muncul sekitar lima minit dalam filem 'The Experts', penyanyi dan pelakon, Maya Karin memberi sepenuh komitmen agar dapat menyempurnakan gerak tarian yang terkenal di
Tekad kerajaan Madani laksana rasionalisasi subsidi
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS)
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Md Shukri Shuib berkongsi pandangan beliau berkenaan reformasi ekonomi menerusi penyasaran subsidi susulan Perutusan Negara oleh Perdana Menteri pada Selasa.
Imigresen tahan 15 wanita warga asing di pusat hiburan
Mereka terdiri daripada warga Thailand, Indonesia dan Vietnam berusia antara 25 hingga 30 tahun.
Perkasa PMKS melalui sistem kawalan dalaman
Kupasan bersama Profesor Madya Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM, Profesor Madya Dr Mazlina Mustapha.
Persidangan Nikkei 2024: Kepimpinan Asia dalam ketidaktentuan dunia
Amir Fareed Rahim, Pengarah Strategi KRA Group berkongsi antara jangkaan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Antarabangsa ke-29 mengenai Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei).
BNPL: Strategi mengurus perbelanjaan tanpa bebanan tambahan
Kebanyakan pengguna BNPL adalah golongan muda dan berpendapatan rendah dengan anggaran 44% pengguna berusia 18 hingga 30 tahun, menurut BNM, bagaimana kumpulan ini dapat mengurus perbelanjaan mereka menggunakan BNPL tanpa menambah tekanan risiko kewangan yang lain?
Kupasan bersama Pengarah Financial Faiz, Faiz Azmi.
Kupasan bersama Pengarah Financial Faiz, Faiz Azmi.
Dua maut, seorang cedera, kereta terbabas dalam parit
Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Iswara terbabas ke dalam parit dan melibatkan tiga orang mangsa.
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
Nahas helikopter Lumut: Presiden Turkiye ucap takziah kepada keluarga anggota, Malaysia - Anwar
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengutuskan ucapan takziah kepada keluarga 10 wira negara yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Gaza Freedom Flotilla: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Keputusan bergantung kepada perbincangan yang akan berlaku pada petang ini melibatkan pimpinan tertinggi IHH dengan wakil kerajaan Turki di Ankara.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Lebih 14,000 kanak-kanak dibunuh di Gaza, Israel telah mengalahkan Hitler - Presiden Turki
Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai yang merupakan aib dalam sejarah manusia, baik di Gaza dan Tebing Barat, tegas Erdogan.
Erdogan mahu tingkat hubungan pertahanan, perdagangan Malaysia-Turki
Anwar dan Erdogan turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Palestin.
Pembangkang Turki dahului Erdogan dalam pilihan raya tempatan
Kekalahan AKP merupakan tamparan buat Erdogan yang tidak mendapat sokongan rakyat disebabkan inflasi yang melambung tinggi.
Erdogan umum pilihan raya Mac terakhir untuknya
Erdogan merupakan ahli politik Turki moden yang paling berjaya memimpin negara itu selama lebih dua dekad.
'Israel berdepan akibatnya jika larang masuk Masjid Al-Aqsa' - Erdogan
Erdogan berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas di Ankara.
Turki tahan 7 individu disyaki intip, jual maklumat pada Mossad, Israel
Suspek dipercayai telah menyampaikan maklumat kepada Mossad untuk mendapatkan sejumlah wang.